Blogger Templates

Rabu, 8 April 2009

Kekurangan Berat Badan

Apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan berat badan ?

• Kurang berat badan berlaku apabila Indeks Jisim Tubuh (BMI)
mengikut umur (BMI -untuk-umur) anda berada di bawah garis 5
persentil ("BMI-for-age is <>
Anda mungkin sihat tetapi anda mempunyai kadar metabolisma yang tinggi.
• Anda mungkin mengalami kekurangan berat badan kerana masalah gangguan pemakanan ("anorexia/bulimia") atau masalah perubatan
yang berkaitan (masalah tiroid).

Bagaimana hendak menaikkan berat badan?

Dapatkan nasihat daripada doktor anda untuk memastikan bahawa anda tiada mengalami
masalah perubatan yang berkaitan.
Jika anda tiada mengalami masalah perubatan yang berkaitan, berat badan boleh dinaikkan dengan :
• Meningkatkan pengambilan makanan untuk meningkatkan kalori.
• Jika anda seorang yang tidak makan dalam jumlah yang banyak, anda boleh makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap.
o Cuba makan enam kali sehari (waktu makan utama dan snek) seperti makan sarapan, minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dan minum malam ("supper").
o Snek untuk minum pagi, minum petang dan minum malam perlulah sihat dan berkhasiat.
• Pilih makanan yang mempunyai kandungan protein dan kalori yang tinggi.
• Makan makanan yang sihat dan seimbang. Sila rujuk Panduan Pemakanan Sihat.
• Selalu bersenam. Senaman boleh meningkatkan selera anda.
• Dapatkan waktu tidur yang cukup. Badan anda akan menyimpan kalori pada waktu anda tidur.
• Dapatkan nasihat Doktor atau Pakar Pemakanan atau Pegawai Dietetik jika anda ingin mengambil diet tinggi protein atau makanan tambahan ("supplements") untuk meningkatkan berat badan anda.

Tiada ulasan: